Wednesday 20 March 2013

NOVEL | KU BERSERAH


Usah bicara soal cinta…..
Kala hatiku terhiris derita…..
Novel di tulis oleh Ummi Ariza, penerbitnya oleh Buku Prima                                  
Ku Berserah memang best!….Jom tengok ape jadi dengan watak utama dan orang sekelilingnya….
Safiyah @ Safi memang secantik namanya, sopan dan baik budi. Fahrin Daniel memang kacak, bergaya dan berkarisma. Mereka akan dikahwinkan atas kehendak dan pilihan kedua orang tua mereka.
Tidak kenal dan tidak pernah berjumpa. Safi bekerja sebagai guru dan Fahrin bekerja di pejabat ayahnya. Fahrin mempunyai kekasih hati iaitu Amylia yang bekerja sebagai model. Ermmm memang cantiklah kalau dah model tapi Safi lg cantik hahahaha..
Sebelum berkahwin… .Safi dan Fahrin sering terserempak secara tak sengaja dan Fahrin sering berkata kepada Safi yg mereka mungkin mempunyai jodoh. Masin mulut kau Fahrin. Amylia plak berjauh hati dengan Fahrin. Demi cintakan Amylia, Fahrin telah menetapkan bahawa ikatanperkahwinan itu hanya untuk setahun.Setelah berkahwin…hati Safi telah disakiti pada malam pengantin apabila Fahrin meletakkan perkahwinan mereka untuk setahun kerana Amylia. Safi ni memang jatuh cinta pada Fahrin apabila dapat tau yg Fahrin adalah suaminya. Mereka berlakon di depan ibubapa mereka. Fahrin yang terlebih romantic masa berlakon ni memang memikat hati Safi. Mereka membuat hal masing2 apabila tinggal di rumah sendiri. Fahrin pula bebas keluar dengan Amylia.
Badrul iaitu kawan baik Fahrin bekerja sebagai guru di sekolah yang sama dengan Safi. Dia telah jatuh cinta pada Safi sebelum Safi berkahwin. Dia amat terkejut apabila Safi berkahwin dengan Fahrin kerana merasakan Fahrin tidak layak untuk Safi. Safi yang tulus hatinya tidak patut disakiti oleh Fahrin. Badrul telah bergaduh dengan Fahrin kerana melukakan hati Safi. Dia telah beritahu Fahrin bahawa dia akan mengambil Safi sebagai isterinya apabila Fahrin melepaskannya.
Safi pula amat terkejut dengan luahan cinta Badrul terhadapnya. Fahrin semakin cemburukan Safi dan Badrul yang tampak begitu mesra. Cemburu tandanya sayang. Di hati Fahrin mula tertulis nama Safi dan dia cuba menafikannya. Lain pula dengan Amylia. Hidupnya begitu tragis apabila diperkosa oleh Johari iaitu kawan abangnya Azmeer. Johari telah lama cintakan Amylia dan menaruh dendam terhadap Amylia apabila cintanya ditolak.
Johari mengambil kesempatan terhadap Amylia apabila Azmeer berhutang duit dengannya. Amylia telah dipergunakan oleh Johari untuk memuaskan nafsu dan Amylia tidak dapat lari dari Johari apabila diugut. Gambar bogelnya bersama Johari akan disebar jika ingkar. Sian plak kat Amylia. Watak dia tak jahat. Dia amat tertekan sebab takut kehilangan Fahrin. Lama kelamaan sikap Johari terhadapnya mula berubah rentak. Dia dilayan bagai seorang puteri oleh Johari. Akhirnya dia menerima Johari apabila dia disahkan hamil. Fahrin terpaksa dilupakan.
Fahrin plak berasa tertipu apabila melihat kemesraan Amylia dan Johari. Dia terlibat dalam kemalangan dan koma selama sebulan. Perkahwinan yang hampir setahun akhirnya membawa Safi ke Perak. Dia membawa hati yang lara apabila diceraikan oleh Fahrin. Fahrin memujuk Safi untuk kembali padanya tetapi ditolak oleh Safi sehinggalah Safi kemalangan dan koma selama setahun. Fahrin mengambil cuti untuk jaga Safi.
Apabila Safi sedar, Fahrin tidak diterima dalam hidupnya walaupun puas dipujuk oleh Fahrin dan kawan baiknya Rafidah. Hmmmm setelah puas dinasihat oleh semua orang, Fahrin diterima semula oleh Safi dan mereka bahagia dengan kehadiran Farish Daniel bin Fahrin Daniel. Dalam diam Badrul berkasih dengan Rafidah.

cintakontrak


NUR ALIA AIRYSHA, seorang gadis yang datang dari kampong ke Kuala Lumpur dengan niat untuk membantu keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Ayahnya bekerja sebagai nelayan dan ibunya mengambil upah membasuh baju. Dengan bnatuan sahabat alongnya, Kak Yati, Airsyh bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Ha heronya anak si datin nilah. Mesti hensemkan…ha memang hensem pon coz ank kacukan melayu + perancis, bermata biru kehijau hijauan, iaitu MUHAMMAD DANIAL FRANZ BIN EDDY FRANZ. Berkelulusan dari luar Negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya. Takdir menemukan Danial dan Airysh di butik mamanya iaitu merupakan pertemuan kedua.
Pertemuan pertama mereka adalah di stesyen bus apabila terlanggar secara tak sengaja oleh Danial. Airysha yang brutal dan Danial yang ego. Danial cuba mendapatkan Airysh tanpa merendahkan egonya dan  meminta maminya meminang Airysh. Danial digelar oleh Airish sebagai CICAK KOBENG & Airysh digelar sebagai MACHINE GUN. Airysh menerima perkahwinan ini dlm terpaksa untuk tidak mengecewakan ibunya tetapi perkahwinan ini bersyarat! Danial telah membuat kontrak perkahwinan tetapi telah dibuang oleh Airysh kerana tidak mahu terikat.
Walaupun telah berkahwin mereka tetap membuat hal masing2 dan akan berlakon bahagia di depan mentua. BELLA @ NABILA merupakan bekas kekasih Danial dan dia telah meminta Danial untuk menjadikannya isteri kedua. Bella mengugut untuk membunuh diri dan Airysh telah berjanji untuk menjadikan Bella isteri no 2. Dalam perang mulut Danial dan Airysh ini, mereka telah saling tangkap cintan.
Dalam rancangan Airysh utk nikahkan Danial & Bella di sebuah Masjid, Danial telah membantah perkahwinan yg diatur ini dan tempat Danial telah digantikan oleh Shafiq yg telah lama mencari Bella utk luahkan perasaan. Akhirnya Danial berjaya lembutkan Airysh untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri yg sebenar.
Hepy ending n delivery kedua dpt baby kembar 4 lg…dahsyat2…bestnyer klau dpt jumpe lelaki cam Danial ni…
Macamnama best tak novel Cinta Kontrak daripada penulisan Nurul Ain Syuhada terbitan Karyaseni. Komenla skit..